Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam kerana khuatir dengan keselamatan diri, pekerja atau premis mereka jika membuat aduan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kita merayu, buatlah laporan kepada polis atau KPDN kerana tujuan kita untuk meningkatkan penguatkuasaan dan tangkapan kes penyeludupan diesel ini.

"Kes penyeludupan diesel yang berleluasa sebelum ini perlu dikekang, jadi kita perlu mendapatkan maklumat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024 sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Armizan memohon semua pihak terlibat memberikan kerjasama kerana ketirisan subsidi diesel oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan sabotaj terhadap usaha kerajaan meringankan kos sara hidup rakyat menerusi pemberian subsidi bahan api itu.

Pada Selasa lepas, media melaporkan Armizan sebagai berkata, terdapat pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket penyeludupan jika tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.

Hari ini, beliau mengesahkan ada pemilik stesen minyak membuat laporan mendakwa mereka diancam sindiket tersebut dengan mengugut mahu membakar atau merosakkan fasiliti di stesen minyak terlibat.

Selain KPDN, terdapat laporan dibuat kepada polis dan Armizan berkata, pihaknya sedang mengumpulkan laporan supaya siasatan serta tindakan dapat diambil terhadap pihak terlibat.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Van saya dilarikan oleh seorang lelaki yang menyewanya di Kuala Lumpur. Kemudian saya dapati ia…
Informasi
"SPRM baru menerima maklumat berkaitan kegiatan sindiket ini daripada sumber dan masa sama siasatan…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kegiatan tersebut…