BIAR BETUL? KOREA HANYA JUAL SATU UNIT TESLA SAHAJA PADA JANUARI

oleh Firdaus Razani|
Pada Januari lalu, Tesla hanya mampu jual satu unit kereta sahaja di Korea Selatan berikutan dengan masalah keselamatan, harga dan kekurangan infrastruktur pengecasan yang menjadi permintaan kurang.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut data daripada penyelidik yang berpangkalan di Seoul, Carisyou dan Kementerian Perdagangan Korea, penjualan pada bulan itu merupakan yang terburuk sejak Julai 2022.

Menurut Carisyou juga, berdasarkan dari seluruh pengeluar kereta yang dijual di negara itu, bilangan EV baharu yang didaftarkan di sana menurun sebanyak 80 peratus dari bulan Disember.

Faktor yang menyebabkan EV kurang mendapat sambutan di Korea apabila kadar faedah dan inflasi yang lebih tinggi mendorong pengguna untuk berjimat serta mengekang perbelanjaan.

 

TESLA

 

Selain itu, kebimbangan pengguna mengenai kebakaran bateri pada EV dan kekurangan pengecas pantas turut menjadi faktor penurunan permintaan untuk EV.

Tambahan itu juga, menurut Ketua Institut Teknologi Konvergensi Automotif Jeonbuk, Lee Hang-Koo, populariti Tesla terjejas di Korea Selatan oleh kerana hubungan jenama tersebut dengan China.

"Sesetengah orang tidak menyukai Tesla baru-baru ini selepas mendapati sebahagian daripadanya dibuat di China,"pengguna bimbang tentang kualiti pembuatannya, katanya.

Menurut Lee juga, ramai orang mengelak daripada membeli kenderaan pada bulan Januari kerana mereka mahu menunggu pengumuman subsidi kerajaan.

 

TESLA

 

Dalam satu kenyataan kepada Bloomberg News, jurucakap Tesla di Korea berkata, pengguna menangguhkan pembelian EV sebelum pengesahan subsidi oleh kerajaan.

Pada Julai 2023, Tesla menetapkan harga jualan Model Y buatan China pada 56,990,000 won ($43,000), menjadikan ia di bawah nilai 57 juta won yang membolehkan kereta layak mendapat subsidi penuh kerajaan.

Baru-baru ini diumumkan juga, perancangan untuk 2024, tahap tersebut telah diturunkan kepada 55 juta won dan mengurangkan subsidi untuk Model Y Tesla sebanyak separuh.

 

SUMBER : FreeMalaysiaToday

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengurus kilang André Thierig menangani perkara itu pada mesyuarat kakitangan pada Isnin,…
Berita Global
Pembukaan itu pada asalnya dirancang untuk 8 Ogos, tetapi Tesla telah menolak acara itu sehingga…
Berita Domestik
Pengunjung berpeluang secara eksklusif untuk melihat trak Cybertruck dengan lebih dekat dan merasai…