Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi paras AU$10 juta (RM31 juta).
Menurut laporan, NSW 1 itu sebenarnya dimiliki oleh Pesuruhjaya Polis New South Wales yang pertama.
Nombor tersebut kemudian berpindah milik kepada ahli perniagaan Sir Frederick Stewart pada tahun 1930-an di mana nombor tersebut didaftarkan pada kereta Oldsmobile beliau.
Setelah Stewart meninggal dunia, balunya Lady Majorie Stewart turut dilapor memasang nombor plet tersebut pada model Ford LTD 1981 setelah menolak tawaran bernilai AU$200,000 yang dibuat pada tahun 1988.
NSW 1 dijangka akan menjadi nombor pendaftaran yang paling mahal terjual di Australia, dimana rekod termahal kini dipegang oleh NSW 4 dengan nilai AU$2.45 juta (RM7.67 juta) pada tahun 2017.
Untuk makluman, nombor plet P 7 telah diiktiraf sebagai nombor plet yang paling mahal di dalam dunia dengan nilai jualan 55 juta dirham UAE (RM69.97 juta).
Sumber: Carscoops