Nombor plet AA8 bernilai RM41.33 juta, antara yang termahal di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Nombor pendaftaran Dubai 'AA8' diiktiraf sebagai antara nombor plet kenderaan yang paling mahal di dunia, dengan nilai sekitar $9.5 juta (RM41.33 juta).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nombor unik tersebut merupakan sebahagian daripada beberapa lagi nombor plet yang dibida dalam inisiatif Mohammed bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives (MBRGI), seperti F55, V66, serta Y66 yang dijual pada harga $1 juta (RM4.35 juta) setiap satu.

Malah, nombor khas 549999999 juga dibida dengan nilai $1.36 juta (RM5.92 juta).

Secara keseluruhan, bidaan nombor pendaftaran unik itu mengutip dana berjumlah $14.4 juta (RM62.65 juta) dalam tempoh dua jam, dan kesemua dana tersebut akan disalurkan kepada kempen One Billion Meals.

Kempen amal tersebut akan menyumbang bantuan makanan kepada mereka yang lebih memerlukan di 50 buah negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi…
Berita Domestik
  Menurutnya, pihak polis sentiasa menjalankan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa dalam…
Berita Domestik
  “Jumlah itu menunjukkan kutipan melebihi sasaran bagi siri nombor tersebut menerusi pelaksanaan…