Big Bike Warehouse 2021 catat jualan bernilai RM6.6 juta, 59 unit motosikal terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Meriah! Itu apa yang boleh kami simpulkan daripada festival jualan gudang Big Bike Warehouse yang diadakan buat kali kedua, dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak 59 buah motosikal hanya dalam masa tiga hari!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah itu, 53 unit daripadanya merupakan motosikal jenama Harley-Davidson.

Secara keseluruhan, rekod jualan adalah bernilai RM6.6 juta merangkumi jualan motosikal, aksesori serta kelengkapan motosikal yang lain.

Pihak Didi Resources ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan perniagaan seperti Goh Brothers Motorcycles, Route 77, GB Motorcycle, Spoke & Wheels, Sheng Fatt, Welly Sg Buloh serta Toyo Lube atas kerjasama yang telah diberikan.

 


Selain daripada itu, model motosikal yang baharu sahaja dilancarkan minggu lalu - Aprilia RS660 - turut mencatatkan sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia dengan harga jualan bermula dari RM59,900.

Pihak Didi Resources turut merancang untuk mengadakan roadshow di seluruh negara termasuk di Johor, Pulau Pinang dan Kuantan bagi memberikan peluang kepada pelanggan berpotensi untuk menguji sendiri jentera Aprilia RS660 itu.

Aprilia RS660 dijangka tiba menjelang pertengahan tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Konsep jualan Big Bike Warehouse ini pertama kali dianjurkan oleh Goh Brothers Group pada tahun…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 unit motosikal telah pun berjaya dijual merangkumi jenama…