Bilmola lancar helmet edisi ulang tahun ke-50 Kamen Rider, dari RM316 di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Ini satu peluang keemasan yang patut direbut oleh para peminat hero Jepun Kamen Rider (termasuk penulis).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar helmet Thailand, Bilmola melancarkan koleksi helmet edisi terhad bertemakan watak superhero era Showa bersempena dengan ulang tahun ke-50 siri televisyen Kamen Rider.
 

Bilmola


Terdapat enam rekaan helmet berlainan yang ditawarkan, setiap satunya mewakili superhero seperti Kamen Rider Ichigo, Kamen Rider V3, Kamen Rider Stronger, Kamen Rider Amazon, Kamen Rider X serta tidak ketinggalan watak picisan Shocker Combatman.

Helmet ini menggunakan binaan Shock Resistant Themoplastic (SRT) dengan cermin penghadang polikarbonat berwarna anti-kabus, ruang meletakkan cermin mata, serta sokongan untuk pemasangan peranti interkom bluetooth.
 

V3


Dengan berat sekitar 1,400 gram, helmet Bilmola edisi terhad ini boleh didapati dalam saiz S, M, L dan juga XL.

Harga jualan bermula dari THB 2,490 (RM316.25) dan boleh didapati di semua pengedar helmet Bilmola di Thailand.

 

Sumber: Bilmola menerusi MotoMalaya

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas daripada model helmet Rapid S, grafik yang terdapat pada set helmet Dragon Ball Z…