Set helmet Mutiara Naga Z untuk direbut, harga dari RM343 di Thailand!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat helmet dari Thailand, Bilmola baru-baru ini melancarkan set helmet edisi khas bertemakan manga terkenal Dragon Ball Z (atau nama dimelayukan Mutiara Naga).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan asas daripada model helmet Rapid S, grafik yang terdapat pada set helmet Dragon Ball Z ini direka oleh MazTab Design selaku syarikat rekaan eksklusif Bilmola.

Ia terdiri daripada lapan unit yang melambangkan karakter-karakter popular dalam siri komik dari Jepun itu seperti Goku, Bezita, Cell, Fliza, Pendekar Penyu, Pikor, Majin Buu dan Naga Shenlong (maaf, penulis hidup di zaman Mutiara Naga), serta mendapat kebenaran rasmi daripada Toei Animation Japan.

Lebih unik lagi, bukan sahaja rekaan grafik yang berbeza, setiap satu visor helmet itu didatangkan dalam kemasan warna yang berbeza bergantung kepada karakter yang dipilih.

Harga jualan di pasaran Thailand bermula dari THB 2,690 (RM342.81) dan boleh didapati dalam saiz S hingga XXL.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar…
Berita Domestik
Menurutnya, bagi tempoh itu, rampasan termasuk cukai direkodkan berjumlah RM350.18 juta iaitu…
Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…