BJAK TIADA KELULUSAN RENEW ROADTAX - JPJ

oleh Firdaus Razani|
credit image : World of Buzz
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Malaysia memandang serius terhadap kandungan iklan yang telah dikeluarkan oleh pihak BJAK Sdn. Bhd. (BJAK) melalui laman sesawang bjak.my dan media sosial BJAK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam secara percuma.

JPJ memaklumkan dan menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mahupun JPJ tidak pernah memberikan kelulusan kepada pihak BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

Pihak JPJ juga memaklumkan bahawa terdapat kenyataan yang telah dipaparkan oleh pihak BJAK melalui laman sesawang mereka iaitu "Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ”.

Perkara tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

JPJ menggalakkan urus niaga memperbaharui cukai jalan adalah melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ (Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM) sahaja.

jpjjpj

 

 

kredit cover foto : World of Buzz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bertujuan meningkatkan nilai…
Berita Domestik
Menurut Naib Presiden Operasi Bjak, Fatin Izzati menjelaskan, Bjak bekerjasama dengan penyedia BNPL…
Informasi
  Terdapat banyak platform yang kini menawarkan perkhidmatan untuk memperbaharui cukai jalan dan…