BMI - Harga minyak dunia dijangka lebih tinggi tahun depan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Purata harga bagi minyak mentah Brent dijangka berada pada AS$80 setong pada 2023 dan meningkat kepada AS$83 setong pada 2024, kata syarikat Fitch Solutions, BMI.

Dalam laporan terbaharunya pada Khamis, BMI berkata ia menjangkakan permintaan daripada pasaran pesat membangun (EM) bagi memacu pertumbuhan, mengimbangi kemerosotan kecil dalam kalangan rakan pasaran maju (DM) mereka.

"Seperti yang dijangkakan, harga minyak telah mengukuh menuju ke suku ketiga, disokong oleh permintaan yang lebih tinggi secara bermusim, pengurangan unilateral oleh Arab Saudi dan eksport Russia yang lemah.

"Imbangan pasaran dilihat terhad sepanjang tahun ini, didorong oleh peningkatan berterusan dalam penggunaan minyak, gangguan bekalan dalam kalangan pengeluar utama dan pengurangan baharu oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu yang diketuai oleh Rusia (OPEC+) ," kata BMI.

BMI berkata, dengan minyak mentah Brent bulan hadapan yang kini didagangkan pada sekitar AS$85 setong, ia menjangkakan pasaran kekal disokong baik pada suku ketiga, sebelum menurun pada suku keempat dan suku pertama.

"Secara keseluruhannya, secara amnya kami lebih yakin mengenai prospek pasaran tahun depan, apabila kemelesetan ekonomi semakin berkurangan dan aliran perdagangan global semakin meningkat," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Harga minyak global melonjak sejak lima minggu lalu, meningkatkan kos termasuk logistik dan…
Informasi
"Seluruh dunia berdepan dengan kekurangan diesel, bukan sahaja di Malaysia," katanya kepada Bernama…
Berita Global
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perniagaan Tenaga, Wutthitat Tantives berkata, satu draf peraturan…