Subsidi bersasar tahun hadapan - apa jadi dengan harga minyak?

oleh Penyumbang Rencana|
Rafizi bercakap ketika sidang media selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Foto Bernama
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah mengumumkan bahawa program subsidi bersasar akan dimulakan sepenuhnya seawal tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata begitu ketika sidang akhbar selepas selesai pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSK RMK12) semalam.

Rafizi turut menerangkan bahawa program subsidi bersasar itu akan hanya bermula selepas tamat tempoh percubaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Sistem PADU akan diuji bermula November tahun ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024.

PADU ialah satu sistem atas talian yang menghubung pengkalan data berkaitan pengesahan maklumat peribadi rakyat Malaysia.

Antara informasi penting yang akan digunakan oleh PADU ialah status ekonomi individu dan ia akan menentukan peringkat subsidi yang patut diterima.

Rafizi seterusnya berkata mekanisme pelaksanaan untuk program subsidi bersasar ini masih belum ditentukan.

 

2

 

Antara cadangan yang pernah dikemukakan dahulu ialah berdasarkan pindahan tunai, pemberian kad khas atau agihan di pam stesen minyak.

"Ini semua akan diputuskan dari semasa ke semasa," ujarnya.

Program subsidi bersasar untuk bahan api adalah antara isu yang pernah ddibangkitkan beberapa kali, namun ia malap apabila tidak ada keputusan berkaitan pelaksanaan.

Sekiranya ia menggunakan sistem kad pengenalan atau kad khusus yang memerlukan akses data, ini bermakna stesen minyak perlu mempunyai sambungan data ke terminal PADU untuk membolehkan ia menjual bahanapi bersubsidi.

Ia juga bakal menyebabkan kelewatan masa dalam proses urusniaga, dan ia mungkin akan menyebabkan kesesakan di stesen minyak ketika musim perayaan di mana jumlah kenderaan akan meningkat.

Ada juga perancangan yang mahu menggunakan sistem Ai berkamera di mana nombor plet kenderaan yang hadir di stesen minyak akan dibaca secara automatik bagi mengakses data peribadi kenderaan atau pemilik kenderaan itu.

Apapun, yang pasti ialah harga bahan api bersubsidi yang tidak dikawal akan mendatangkan efek jangka panjang yang negatif kepada Malaysia kerana pelabur asing melihat ia sebagai satu kelemahan kepada cara pentadbiran kewangan negara.

 

Penulis: Hezeri Samsuri

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan itu, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan…
Berita Domestik
Justeru, beliau yang juga Menteri Kewangan menyifatkan, tidak wajar jika cadangan diajukan beliau…
Berita Domestik
Sebagai perbandingan, PETRONAS mencatatkan keuntungan berjumlah RM23.0 bilion untuk tempoh yang…