BMW 750e xDrive M Sport terima kemas kini harga baharu - Bermula dari RM699,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga rasmi baharu bagi sedan PHEV ultra mewah mereka, iaitu BMW 750e xDrive M Sport yang kini ditawarkan dengan harga bermula dari RM699,800 sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemas kini harga itu susulan dari pengenalan dua varian BMW 7 Series PHEV 2023, 750e xDrive M Sport dan 750e xDrive Pure Excellence yang dipasang secara tempatan (CKD) pada bulan Mei lepas.

Dari segi kuasa, kedua-dua varian menggunakan nadi 6 silinder sebaris 3.0 liter TwinPower Turbo bersama motor elektrik, dipadankan bersama transmisi automatik Steptronic 8 kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) xDrive.

Semua itu menghasilkan keluaran kuasa sehingga 483 HP dan 700 Nm, yang membolehkan model tersebut memecut dari 0-100 kmj dalam masa 4.8 saat, dengan kelajuan tertinggi sehingga 250 kmj.

2

Untuk varian 750e xDrive M Sport, harga baharu yang bermula dari RM699,800 itu terus ditawarkan bersama Pakej Servis dan Waranti Lanjutan 5 Tahun, termasuk atas jalan tanpa insurans.

Ia turut hadir bersama pakej Pengalaman Pemilikan Premium yang merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

BMW Group Financial Services juga menawarkan pelan pembiayaan “Straight Line”, di mana 750e xDrive M Sport boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM8,102.00.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kedai atas talian BMW di laman web rasmi BMW Malaysia.

 

Baca: BMW 7 Series 2023 rasmi di pasaran Malaysia

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…