BMW i5 eDrive40 M Sport kini hadir dengan pengecasan lebih pantas - RM420,100

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Group Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan BMW i5 eDrive40 M Sport yang dikemaskini dengan teknologi pengecasan baharu untuk membolehkan masa mengecas yang lebih singkat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki keupayaan pengecasan 22 kW, berbanding 11 kW sebelum ini.

Pengecasan AC 22 kW itu membolehkan bateri dicas dari 0 hingga 100 peratus dalam tempoh kurang dari 4 jam 15 minit.

Sementara pengecasan pantas DC pula kekal menyokong sehingga 205 kW yang membolehkan bateri dicas sehingga 80 peratus dalam masa 34 minit sahaja.

2

Selain kemaskini pengecasan AC, spesifikasi lain kekal sama di mana ia dilengkapi motor elektrik tunggal di roda belakang (RWD) dipadankan bersama pek bateri berkapasiti 83.9 kWj, yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 308 HP dan 400 Nm.

Fungsi My Mode Sport dan Sport Boost atau Launch Control pula mampu meningkatkan kuasa sehingga 340 HP dan 430 Nm.

Semua itu membolehkan i5 eDrive40 M Sport untuk memecut dari 0 hingga 60 kmj dalam masa 6 saat sahaja, dengan kelajuan tertinggi 193 kmj.

 

3

 

BMW i5 eDrive40 M Sport kini ditawarkan pada harga bermula dari RM399,800 dengan tambahan Pakej Servis dan Waranti Lanjutan 5 Tahun (RM20,300), atas jalan tanpa insurans.

Ia turut hadir bersama pakej Pengalaman Pemilikan Premium yang merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
  • Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

 

Baca: BMW i5 eDrive40 rasmi di Malaysia

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…
Model Terbaharu
Kemas kini harga itu susulan dari pengenalan dua varian BMW 7 Series PHEV 2023, 750e xDrive M Sport…