BMW Australia henti jual Z4 bertransmisi manual, hanya dua unit terjual dalam masa dua tahun!

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Performance Drive
Transmisi manual merupakan antara elemen automotif yang kian menghampiri penghujungnya, ia kotak gear yang digemari ramai (kononnya), namun tidak ramai yang mahu kaki kiri mereka kong terlalu awal.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Disebabkan itu, model kereta automatik tetap menjadi pendahulu pasaran sehingga menyebabkan tidak banyak pengeluar yang mahu mengekalkan penawaran transmisi manual.

Antara bukti yang paling nyata adalah BMW Z4 transmisi manual yang sebenarnya masih lagi ditawarkan di Australia.

Menurut laporan daripada CarAdvice, BMW Z4 bertransmisi manual ini hanya terjual sebanyak dua unit sahaja (!) sepanjang tempoh penjualan dua tahun sejak tahun 2019.

Versi manual ini hanya ditawarkan dalam varian yang lebih rendah, iaitu BMW Z4 sDrive20i di mana ia didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo menghasilkan 194 hp dan 320 Nm yang memacu roda belakang, serta pecutan 0-100 km/j dalam 6.8 saat sahaja.

Menurut wakil BMW Australia, "sepanjang tempoh dua tahun sejak pelancaran pada 2019, hanya dua unit sahaja BMW Z4 sDrive20i terjual di pasaran, dan itu sudah cukup kuat bagi BMW Australia untuk menamatkan penjualan model manual ini bermula bulan produksi Julai 2021.

Namun begitu, BMW Z4 sDrive sDrive20i masih lagi ditawarkan dalam transmisi automatik lapan nisbah kelajuan di pasaran Australia.

Jadi, anda sudah faham kenapa Toyota GR Supra tidak didatangkan dalam transmisi manual?

Sumber: CarAdvice

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun…
Berita Global
Kini, Toyota memenuhi permintaan mereka dengan melancarkan GR Supra 2023 yang kini didatangkan…
Berita Global
Sehingga kini, ia masih lagi tidak kelihatan akan menjadi kenyataan. Namun, informasi yang…