Tidak perlu menunggu dengan lebih lama, saluran Youtube BMW M baru-baru ini telah memuat naik sebuah video berdurasi hampir lapan minit yang mendedahkan rekaan M3 Touring yang bakal dilancarkan kelak.
Berdasarkan video tersebut, M3 Touring 2023 bakal menampilkan elemen seperti diffuser belakang, empat tip ekzos, serta spoiler belakang baharu yang dihasilkan secara cetakan tiga dimensi.

BMW juga tidak mendedahkan trenkuasa yang bakal dimuatkan, namun angka penggunaan bahan api yang tertera pada bahagian akhir video tersebut mencadangkan M3 Touring hanya ditawarkan dalam versi Competition xDrive, dengan kuasa 503 hp dan 650 Nm, pacuan semua roda dan tiada opsyen transmisi manual.
Video penuh boleh ditonton pada pautan YouTube di bawah: