Setelah beberapa kali teaser rasmi didedahkan, kali ini BMW M memuat naik sebuah video ringkas berjudul ICONIC PACK.
Video terbaharu ini sebenarnya mengiklankan barisan model-model M3 dan M4 dalam pelbagai konfigurasi, sebelum sebuah model wagon M3 Touring muncul pada saat-saat akhir yang masih lagi memakai pelekat samaran.
Jentera wagon pantas ini pertama kali diumumkan pada Ogos 2020, sebelum ia menjalani proses pembangunan dan pengujian selama dua tahun.
Difahamkan, BMW M3 Touring ini bakal dilancarkan serentak bersama-sama model 3-Series facelift pertengahan kitaran.
Tidak seperti penawaran M3 standard, BMW dijangka akan menawarkan M3 Touring dalam versi Competitive xDrive, bermakna nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar itu mampu menjana 503 hp dan 650 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda.