BMW dedah teaser rasmi wagon pantas BMW M3 Touring

oleh Mohamad Hanif|
Sudah beberapa bulan sejak kita melihat kelibat wagon pantas BMW M3 Touring, kali ini BMW hadir dengan gambar teaser rasmi yang menunjukkan mereka masih lagi sedang menguji model tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi satu hantaran di laman media sosial Facebook BMW M, gambar teaser tersebut memaparkan sebuah wagon M3 yang masih lagi sarat dengan pelekat samaran, namun ia kini membawakan slogan baharu 'Bring It On' pada bahagian sisi kenderaan tersebut.

Berdasarkan gambar spyshot tempoh hari, BMW M3 Touring membawakan rupa paras yang garang, dimulakan dengan rekaan gril hadapan buah pinggang yang besar, rekaan bampar yang agresif, cermin sisi aerodinamik, skirt sisi serta bampar belakang yang unik.

 


Malah, laporan terdahulu turut mencadangkan BMW M3 Touring tidak akan ditawarkan dengan transmisi manual atau versi pacuan roda belakang, sebaliknya ia bakal didatangkan eksklusif dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive.

Sama seperti M3 sedan, M3 Touring dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp.

Terdapat ura-ura jentera wagon pantas ini bakal tiba menjelang akhir tahun 2022.

Sumber: FB BMW M

Berita Berkenaan

Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Berita Global
Walaupun ditawarkan di beberapa buah negara sahaja di Eropah, permintaan yang tinggi menyebabkan…
Berita Global
Dari segi kuasa, M3 Touring standard mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, namun…