BMW dipandu lawan arus, pemandu Bezza cedera dirempuh

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang lelaki cedera selepas kenderaannya dirempuh sebuah kereta mewah yang dipandu melawan arus dalam kejadian di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Georgetown, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian jam 12.30 pagi, pemandu kereta jenis Perodua Bezza yang datang dari Jambatan Pulau Pinang menuju ke pusat bandar bertembung dengan kereta jenis BMW yang dipandu oleh seorang wanita.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, pemandu Perodua Bezza itu dari Sungai Petani menuju ke Taman Kristal Mount Erskine sebelum terlibat dengan kemalangan di susur keluar jambatan terbabit.

"Akibat perlanggaran itu pemandu Perodua Bezza mengalami kecederaan pada bahagian abdomen dan masih menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang manakala pemandu BMW itu pula masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta akibat kecederaan di bahagian dada.

"Setakat ini, keterangan daripada kedua-dua pemandu masih belum dapat diambil kerana masih menerima rawatan lanjut dari pihak hospital," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Soffian berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut, Inspektor Mohd Azli Khairil bin Mat Lazin di talian 019-5946806 bagi membantu siasatan.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…
Berita Domestik
"Walau bagaimanapun, selepas pemerhatian dari video tersebut, terdapat beberapa buah kenderaan yang…
Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…