BMW Group Financial hulur dana program bantuan makanan menerusi kontrak pembelian model BMW, MINI

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Financial Services Malaysia memulakan inisiatif mengumpulkan dana bagi membantu dua pertubuhan tempatan (Refuge for the Refugees dan Empire Project) menyalurkan bantuan makanan kepada golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang terjejas akibat COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif ini akan menyalurkan sumbangan bernilai RM100 bagi setiap kontrak model-model elektrik seperti BMW 330e, BMW 530e, BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive45e, MINI Cooper SE serta MINI Cooper SE Contryman bermula 1 September hingga 31 Disember 2021.

Menurut Ketua Unit Jualan dan Pemasaran BMW Group Financial Services Malaysia, Danielle Maassen menjelaskan, "meskipun kita sedang beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara yang seterusnya, kami ingin melanjutkan sokongan kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan agar tiada keluarga atau insan kurang bernasib baik yang terpaksa kelaparan.
 

BMW


"Kami telah berpeluang mengambil bahagian sepanjang 18 bulan yang lalu, dan kami berasa bersyukur dapat melanjutkan kembali sokongan kami terhadap inisiatif Refuge for the Refugees dan Empire Project.

Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada program  bantuan makanan oleh Refuge for the Refugees yang mensasarkan lebih daripada 700 keluarga kategori B40, termasuk komuniti migran dan pelarian, di samping barangan keperluan yang dibekalkan oleh Empire Project kepada golongan masyarakat yang tersisih di seluruh negara.
 

BMW


Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web berikut:

BMW Engage - https://www.bmwfs.my/
Refuge for the Refugees - https://rftr.super.site/ atau https://www.instagram.com/refugefortherefugees/
Empire Project - https://www.facebook.com/empireprojectwecareweshare/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara malam apresiasi itu telah disertai oleh 200 tetamu kehormat yang terdiri daripada pelanggan-…
Berita Domestik
BMW Engange, sebuah platform pembiayaan dalam talian yang diperkenalkan oleh BMW Group Financial…
Berita Domestik
Seperti yang diketahui, BMW Premium Selection merupakan platform digital yang menawarkan pilihan…