BMW Group Malaysia lancar Kempen Servis Nilai baharu, pelbagai pakej servis menarik

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Group Malaysia memperkenalkan Kempen Servis Nilai baharu untuk model BMW dan MINI, merangkumi pelbagai pakej servis dan baik pulih yang meliputi Alat Ganti & Aksesori Tulen BMW dan MINI pada harga inklusif yang menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen baharu itu eksklusif untuk untuk model-model BMW dan MINI terpilih yang berusia lima tahun dan ke atas.

Ia menawarkan para pemilik peluang untuk menyelenggara kenderaan premium mereka dengan alat-alat ganti serta aksesori tulen, serta minyak enjin percuma dan potongan caj servis untuk tempoh yang terhad.

Antara model yang terpilih ialah BMW 3 Series (F30 dan F90), BMW 5 Series (F10 dan E60), BMW 7 Series (F02 dan E66), BMW X1 (F48 dan E84), BMW X3 (F25 dan E83), BMW X5 (F15, E53 dan E70) serta MINI Clubman (F54 dan R55), MINI Countryman (R60), dan MINI Cooper S (F55, F56 dan R56).

Bermula 28 April hingga 31 Mei 2023, pemilik model-model terpilih itu akan menikmati servis minyak enjin percuma serta potongan caj buruh sebanyak 30% dengan setiap pembelian mana-mana satu daripada empat pakej yang ditawarkan di bawah kempen itu.

Setiap pakej merangkumi set Alat Ganti & Aksesori Tulen BMW dan MINI yang spesifik, ia termasuk pad brek dan cakera brek, bateri, bilah pengelap, tali sawat V, penegang tali sawat, tayar, serta pencagak enjin dan transmisi.

Untuk fasa kedua yang akan bermula pada 1 Jun hingga 31 Disember 2023, para pemilik dapat menikmati potongan harga setinggi 20% bagi semua Alat Ganti & Aksesori Tulen BMW dan MINI yang ditawarkan di bawah empat pakej itu, serta diskaun 30% bagi caj buruh.

Bagi pemilik yang berminat dengan Kempen Servis Nilai BMW dan MINI yang baharu itu, anda boleh menghubungi wakil pengedar bertauliah pilihan masing-masing atau melayari laman sesawang BMW Malaysia untuk maklumat lanjut.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…