Struktur harga baharu ini menawarkan harga runcit saranan yang boleh dipadankan dengan Pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun, atau Pakej Servis 5 Tahun/100,000 km.
Para pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun beserta Servis Berjadual Percuma seperti yang ditawarkan sebelum ini tanpa kos tambahan.
Selain daripada itu, warga MINIacs juga boleh mendapatkan jentera MINI idaman yang disekalikan dengan pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 4 Tahun beserta Servis Berjadual Percuma pad harga yang sama seperti sebelum ini.
Alternatifnya, pelanggan yang mahu mendapatkan Pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 4 Tahun ataupun Pakej Servis 4 Tahun/60,000 km boleh berbuat demikian pada harga yang lebih menarik.