BMW hilang kawalan, langgar 2 kereta sebelum terjunam dari parkir tingkat tiga bangunan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan dI Setia Alam di Shah Alam pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 11.30 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan sebuah kereta dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan dan melibatkan mangsa seorang lelaki tempatan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

"Siasatan mendapati kereta jenis BMW itu hilang kawalan dan melanggar dua buah kenderaan lain iaitu Perodua Myvi dan Proton Persona di ruangan parkir di tingkat tiga bangunan terbabit. Katanya lagi, mangsa yang berumur 40 tahun itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan susulan kejadian.

"Mangsa dibawa untuk rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

"Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…