BMW i4 M bakal memiliki runut bunyi khas hasil ciptaan Hans Zimmer

oleh Mohamad Hanif|
Dulu, setiap kereta yang ikonik mempunyai suara mekanikal yang tersendiri, seperti contoh AE86 dengan bunyi enjin 4A-GE yang nyaring, Civic dengan enjin VTEC-nya, Skyline GT-R dengan enjin RB26DETT dan Lexus LFA dengan enjin talaan Yamaha.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lama kelamaan, kereta menjadi semakin senyap disebabkan insulasi bunyi yang semakin bagus, sehingga 'memaksa' pengeluar mendatangkan bunyi palsu yang dihasilkan menerusi pembesar suara bagi menawarkan pemanduan yang sedikit mengujakan.

Masuk zaman kenderaan elektrik, boleh dikatakan hampir tiada langsung bunyi mekanikal yang boleh ditawarkan oleh EV.

Jadi bagaimana pengeluar mahu menjadikan EV yang lebih seronok dipandu?

 


BMW sebelum ini telah mengupah komposer terkenal Hans Zimmer untuk mencipta runut bunyi yang tersendiri bagi BMW i4 - sedan elektrik, dan dengan berita kehadiran versi prestasi BMW i4 M, sekali lagi khidmat Hans Zimmer diperlukan.

Di tangan komposer terkenal itu, BMW i4 M menjanjikan kualiti dan pengalaman bunyi yang menarik dan sukar untuk disangkal, dan ia adalah berbeza dari satu mod pemanduan ke mod pemanduan yang lain (Eco Pro, Comfort, Sport).

Menurut Hans Zimmer, "setiap BMW mempunyai karakter yang tersendiri, dan ia dicerminkan melalui kualiti bunyi yang dihasilkan. Untuk model BMW M elektrik, kami telah membangunkan satu pakej bunyi pemanduan yang mampu menonjolkan emosi dengan jelas, dan memastikan prestasi pemanduan boleh dirasai dengan lebih mendalam.

BMW turut menyatakan bahawa bunyi pemanduan yang dihasilkan oleh Hans Zimmer ini juga akan turut dikongsikan bersama BMW i4, BMW i4 M dan juga BMW iX.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ia boleh didapati dalam dua varian, iaitu varian standard i4 eDrive35 serta varian i4 eDrive35 M…
Berita Global
Jelas sekali, model M EV Concept ini dibangun menggunakan asas daripada sedan i4 M50, namun tampil…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…