BMW iX elektrik - kuasa maksimum 500 PS, jarak lebih 600 km

oleh HEZERI SAMSURI|
Selepas model EV i3 dan i8 yang dijual di Malaysia, BMW akhirnya mengumumkan satu model SUV elektrik baharu sepenuhnya, iX.

Dari segi bentuk, iX nampak mirip kepada SUV biasa dan ia adalah hampir sama panjang dengan model BMW x5 sementara ketinggian pula sama dengan X6. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, tidak seperti BMW lain di mana muncungnya lebih panjang dari bahagian ekor, iX mempunyai bahagian ekor yang nampak sama panjang seperti muncungnya.

Bahagian D-pillar juga diberikan sentuhan garis hitam, satu rekabentuk unik untuk EV BMW.

Gril hidung besar seperti pada M3 dan 4-Series digunakan, dan pasti akan ada yang berkata ia tidak cantik walaupun kebanyakan pemilik BMW menyukainya.

 

 

Di bahagian dalam, rekabentuk lebih ringkas dan stereng dengan permukaan rata atas bawah memberikan bentuk futuristik.

Paling menarik untuk Careta ialah butang posisi tempat duduk yang kini berubah dari sisi tempat duduk kepada daun pintu - mengingatkan kami kepada Mercedes-Benz.

Butang-butang ala kristal juga diberikan, mengingatkan kami kepada Volvo XC90.

Namun begitu secara keseluruhan, rekabentuk BMW nampak jelas dan nyata kerana ia masih kelihatan agresif.

 

 

Model BMW iX akan hadir dengan dua varian dan bakal dilancarkan ke pasaran global pada penghujung tahun 2021.

Varian asas, xDrive40 mempunyai kuasa maksimum 320 PS dan jarak perjalanan lebih dari 400 km dengan satu caj (menurut pengiraan rasmi WLTP). Pecutan dari 0-100 kmsj ialah di atas 6 saat.

Untuk xDrive50, kuasa maksimum meningkat kepada 500 PS dan jarak perjalanan meningkat kepada lebih dari 600 km. Pecutan 0-100 kmsj pula boleh dilakukan di bawah 5 saat.

Kedua-dua varian mempunyai batasan halaju maksimum 200 kmsj.

 

 

Kesemua varian juga dilengkapi dengan pacuan semua roda atau All Wheel Drive (AWD), bermakna setiap gandar akan dilengkapi dengan sebuah motor elektrik jenis DC brushless.

Penggunaan motor elektrik jenis itu bermakna BMW tidak perlu menggunakan unsur nadir bumi (rare earth) seperti yang diperlukan dalam motor elektrik bermagnet kekal.

Bateri pula ialah lebih dari 70 kWh untuk xDrive40 dan lebih dari 100 kWh untuk xDrive50, kedua-duanya menggunakan sejukan cecair untuk mengawal suhu operasi optimum.

BMW juga memberikan waranti selama lapan tahun atau 160,000 km untuk bateri EV SUV itu.

 

 

iX boleh dicaj melalui beberapa cara:

  • Soket 3-pin biasa (ini akan mengambil masa beberapa hari mungkin).
  • Pengecaj dinding 11 kW AC (11 jam dari kosong ke 100 peratus penuh bagi xDrive50 dan lapan jam bagi xDrive40).
  • Pengecaj pantas DC (xDrive40 dibataskan kepada 150 kW dan mengambil masa 10 minit untuk jarak 90 km; xDrive50 dibataskan kepada 200 kW dan 120 km bagi caj pantas 10 minit. Kedua varian boleh dicaj hampir 80 peratus dalam masa 40 minit).

Selain dari menggunakan tenaga elektrik, BMW juga mengingatkan semua bahwa iX dibina menggunakan tenaga boleh baharu (seperti elektrik dari loji hidro dan solar) serta komponen dari bahan kitar semula (60 kg plastik yang digunakan adalah dari plastik kitar semula).

BMW juga mengurangkan penggunaan bahan galian kobalt kepada kurang dari 10 peratus dan ia juga sudah berhenti dari menggunakan galian itu dari Republik Demokrasi Kongo.

Untuk lithium, BMW kini menggunakan bahan itu yang diimport dari Australia kerana piawaian alam semulajadi yang lebih telus.

 

 

Bahan berkrom juga dikurangkan dari bahagian kabin dan penggunaan kayu dari projek tanam-semula diberi lebih fokus.

Lapisan kulit pula menggunakan proses dari daun pokok zaitun sementara karpet pula ialah dari jaring ikan nylon yang dikitar semula.

Keseluruhan kerangka iX menggunakan sebanyak 50 peratus bahan aluminium, logam yang mudah untuk dikitar semula.

Harga yang diumumkan untuk Jerman ialah RM378,800 bagi xDrive40 dan RM480,300 untuk xDrive50.

Jika anda mahu, BMW Malaysia kini membenarkan anda untuk mendaftarkan minat anda di Facebok BMW Malaysia atau di laman web pada pautan BMW Malaysia

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…