BMW iX xDrive50 Sport 2023 kini di Malaysia, 523 hp, 765 Nm, jarak gerak 630 km, dari RM546,800

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia sebelum ini telah pun melancarkan SUV elektrik BMW iX yang boleh didapati dalam dua varian, iaitu iX xDrive40 dan iX xDrive40 Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memasuki tahun baharu 2023, BMW kini melancarkan sebuah lagi varian iX, iaitu BMW iX xDrive50 Sport dengan membawakan beberapa penambahbaikan kepada SUV elektrik tersebut.

Dari segi luaran, BMW iX xDrive50 Sport menerima rim aerodinamik BMW Individual bersaiz 22 inci dengan balutan tayar Pirelli P Zero, serta angkup brek Biru bersaiz 17 inci bagi memastikan SUV ini berhenti dengan cemerlang.
 

iX


Untuk ruang kabin pula, BMW iX xDrive50 Sport dikemaskan dengan ciri BMW LIve Cockpit Professional yang menampilkan skrin melengkung 12.3 dan 14.9 inci secara standard.

Selain itu, terdapat juga ciri keselesaan seperti kawalan iklim automatik empat zon, pad pengecasan tanpa wayar, sistem audio keliling Harman Kardon serta tidak dilupakan sistem bunyi elektrik BMW Iconic Sounds.

BMW iX xDrive50 Sport membawakan pacuan dua motor elektrik dengan hamburan kuasa 523 hp dan 765 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 4.6 saat.
 

iX


Pek bateri 111.5 kWh pula membenarkan jarak gerak sehingga 630 km untuk sekali cas penuh mengikut data kitaran WLTP.

Pengecasan pantas DC membolehkan bateri dicas 0-80 peratus dalam masa 35 minit, atau pengecasan sehingga 10 jam 45 minit menggunakan Wallbox Charger AC 11 kW.

Warna standard untuk BMW iX xDrive50 Sport termasuklah Mineral White, Alpine White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic dengan Brilliant Effect, Phytonic Blue Metallic, dan Blue Ridge Mountain Metallic.
 

iX


Sementara dua warna baharu (Individual Storm Bay Metallic & Aventurine Red Metallic) dikenakan caj tambahan RM6,200 untuk setiap pembelian.

Kemasan dalaman Interior Design Atelier boleh didapati dalam warna Mocha atau Hitam, atau pakej Interior Design Suite dalam pilihan warna Amido atau Castanea dengan tambahan kos RM17,300.

Harga jualan BMW iX xDrive50 Sport bermula dari RM546,800.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…