BMW kenakan caj bulanan RM80 untuk ciri pemanas tempat duduk

oleh Mohamad Hanif|
Beli kereta mahal-mahal, tapi masih lagi perlu bayar langganan untuk mendapatkan ciri yang sepatutnya ada pada sebuah kereta mahal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itu antara hakikat pemilikan kereta masa kini di mana pemilik perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan ciri-ciri tertentu, lebih-lebih lagi kereta yang sudah dilengkapi dengan sokongan ketersambungan seperti ConnectedDrive Store BMW.

Di Korea Selatan, para pemilik BMW dilapor menerima kemaskini yang membolehkan mereka mendapatkan ciri seperti pemanas tempat duduk, pemanas roda stereng, serta sokongan Apple CarPlay nirwayar.

Berapa kos yang diperlukan? Em hemmm..
 

BMW


Untuk pemanas tempat duduk, pemilik perlu membayar sebanyak $18 (RM80) untuk setiap bulan, atau $176 (RM783) per tahun, atau $283 (RM814) untuk tempoh tiga tahun, atau $406 (RM1,805) untuk mengekalkan ciri tersebut sepanjang tempoh pemilikan.

Ciri pemanas roda stereng pula memerlukan langganan sebanyak $10 (RM44.47) per bulan, atau $92 (RM409) per tahun, atau $161 (RM716) per tiga tahun, atau sehingga $222 (RM987) sekiranya anda merasakan bayar bulan-bulan itu satu perkara yang leceh.

Sokongan Apple CarPlay nirwayar? Hanya $305 (RM1,356) sahaja.

Ini bukanlah kali pertama BMW mengenakan caj bulanan untuk ciri-ciri tertentu.

Pada tahun 2019, BMW pernah menghentikan penawaran Apple CarPlay dan mula menawarkannya sebagai langganan tahunan berjumlah $80 (RM355,76) atau $300 (RM1,334) untuk tempoh 20 tahun sebelum mereka menarik balik langkah tersebut setelah mendapat bantahan daripada para pemilik.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…