BMW M3 2027 hadir dalam bentuk sedan elektrik, 4-motor, kuasa cecah 1,341 hp?

oleh Mohamad Hanif|
Sedan berprestasi tinggi BMW M3 dijangka akan muncul dalam versi trenkuasa elektrik sepenuh masa menjelang tahun 2027, dan dibangun berdasarkan platform Neue Klasse (NK).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu disahkan sendiri oleh ketua pembangunan BMW, Frank Weber seperti yang dilaporkan oleh laman Autocar.

Jelasnya, model M3 EV tersebut akan wujud bersama-sama dengan model M3 sedia ada untuk satu tempoh masa yang akan ditentukan kelak.
 

M3


Ini kerana enjin enam silinder sebaris S58 yang digunakan oleh M3 masa kini dijadualkan kekal di dalam produksi melangkaui tahun 2030.

Berbalik semula kepada M3 EV, model sedan elektrik tersebut dikatakan mampu menawarkan kuasa mencecah 1,341 hp yang datang daripada empat motor elektrik.

Weber turut menambah, kekurangan dari segi penghasilan runut bunyi akan ditampung dengan prestasi dan pengendalian yang lebih mengujakan.
 

NK


Bukan itu sahaja, senibina elektrik baharu itu membolehkan pemandu mempunyai kawalan penuh terhadap sistem trenkuasa elektrik, termasuklah opsyen untuk menetapkan mod pemanduan yang lebih cenderung kepada pacuan roda belakang dan pelbagai fungsi yang mampu menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan.

Difahamkan, model pertama Neue Klasse akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2025, sementara model M3 EV pula dijangka menyusul pada tahun 2027.

Apa pendapat anda? Adakah BMW M3 EV ini mampu mewarisi semangat BMW M3 sedia ada?
 

M3

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, menurut bos BMW M Frank van Meel dalam satu kenyataan kepada laman Top Gear…
Berita Global
Berita ini secara tidak langsung mengesahkan laporan terdahulu di mana BMW akan melancarkan sebuah…
Berita Global
Jika sebelum ini mereka memperlihatkan projek Integrale 400, kali ini Manhart mendedahkan pula…