Berita ini secara tidak langsung mengesahkan laporan terdahulu di mana BMW akan melancarkan sebuah model sedan berprestasi tinggi, dengan kuasa mencecah 1,341 hp.
Menurut ketua pembangunan produk BMW Frank Weber mengesahkan model M3 berkuasa elektrik akan wujud bersama-sama dengan M3 versi enjin pembakaran dalaman (ICE) pada masa hadapan.
Sementara itu, bos BMW M Frank van Meel sebelum ini turut mendedahkan generasi baharu M3 dan M4 mungkin sekali tidak akan menjadi model EV sepenuh masa.
Jadi, pendekatan nama yang berbeza untuk M3 (dan iM3) boleh digunakan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan pengguna, terutama di pasaran yang masih lagi membenarkan penjualan kenderaan ICE.
Pendaftaran tanda dagang terbaharu ini tidak membawa maksud BMW akan melancarkan terus model elektrik berprestasi tinggi ini dalam masa terdekat.
Ini kerana berdasarkan laporan terdahulu, sedan M3 berkuasa elektrik berkemungkinan besar akan tiba pada tahun 2027, dibangun berdasarkan platform Neue Klasse.
Sumber: CarBuzz