BMW M3, M4 2021 didedah lebih awal sebelum pelancaran rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang (tidak rasmi) kepada model berprestasi tinggi terbaharu dalam keluarga BMW M, iaitu sedan BMW M3 2021 dan coupe BMW M4 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan gambar rasmi yang didedahkan buat kali pertama menerusi laman Instagram carswithoutlimits menampilkan M3 didatangkan dalam warna hijau, sementara coupe M4 dalam warna kuning terang.

Berdasarkan informasi yang didapati, kedua-dua jentera M3 dan M4 hadir dengan rekaan gril buah pinggang menegak yang cukup-cukup-cukup besar, rekaan bumper yang agresif, diikuti dengan lampu utama yang tajam.

 


Sementara bahagian belakang pula menampilkan perbezaan yang amat ketara di mana sedan M3 hadir dengan rekaan lampu berbentuk L (ala-ala Lexus), sementara coupe M4 pula datang dengan rekaan lampu yang berbeza.

Namun, kedua-duanya menerima sistem ekzos dengan tip berkembar pada kiri dan kanan.

Difahamkan, BMW M3 sedan dan M4 Coupe ini akan hadir dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar (diperoleh daripada BMW X3 M/X4 M) yang menghasilkan 473 hp dan 598 Nm dalam bentuk standard.

 


Manakala dalam spesifikasi Competition, enjin ini mampu mengekstrak kuasa sehingga 503 hp dan daya kilas yang serupa.

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan, namun terdapat juga varian pacuan roda belakang serta padanan transmisi manual (!).

Pengenalan rasmi kedua-dua model M3 dan M4 dijadualkan berlangsung pada 23 September ini.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Memperkenalkan, BMW S 1000 RR Isle of Man. Mengambil inspirasi daripada BMW M3 2021, BMW S 1000 RR…