BMW mahu kekal penawaran enjin petrol, diesel selama mungkin

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz telah berazam untuk menjadi pengeluar EV 100 peratus menjelang tahun 2030, sementara Audi pula merancang untuk menghentikan pengeluaran model berenjin pada tahun 2033.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Bagaimana pula dengan BMW?

Menurut laporan terbaharu daripada CarExpert, BMW dilihat mahu mengambil jalan yang berbeza berbanding apa yang dirancang oleh Mercedes dan Audi.

Frank Weber, ahli lembaga pengurusan BMW Group menjelaskan BMW masih belum memutuskan tarikh akhir untuk menamatkan penawaran enjin pembakaran dalaman.
 

EV


Weber turut membayangkan masa depan di mana enjin pembakaran dalaman boleh wujud secara harmoni bersama-sama EV.

Ini mampu memberikan pelanggan lebih banyak pilihan antara trenkuasa ICE dan BEV untuk tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

"Apa yang anda lihat pada hari ini ialah bagaimana kami menguasai fleksibiliti trenkuasa sebagai sebahagian daripada strategi kami.

"Pelanggan tidak perlu untuk memilih trenkuasa dan seterusnya memilih kereta idaman. Mereka hanya perlu berkata, 'saya akan ambil apa sahaja pilihan yang ada' dan mereka masih lagi boleh mendapatkan sebuah 5 Series.
 

5


"Itu merupakan satu kelebihan sebenar buat kami," jelas Weber kepada laman CarExpert.

Biarpun mempunyai perancangan yang bertentangan dengan trend automotif semasa, BMW turut menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus jualan terdiri daripada BEV menjelang akhir dekad ini.

Apa yang pasti, strategi pendekatan yang digunakan oleh BMW ini membolehkan mereka mencapai spektrum pelanggan yang lebih meluas, membenarkan mereka memilih trenkuasa yang bersesuaian dengan keperluan tanpa berkompromi model kenderaan pilihan mereka.

Sumber: CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…