BMW Malaysia edar 14,400 unit kenderaan tahun 2022, kekal jenama premium nombor satu di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan untuk tahun 2022 dengan mengekalkan kedudukan sebagai jenama premium nombor satu di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Sebanyak 14,400 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad telah diserahkan kepada pelanggan sepanjang tempoh tersebut, peningkatan sebanyak lebih 37 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

70 peratus daripadanya merupakan unit pemasangan tempatan, sementara lebih 31 peratus daripada kenderaan BMW dan MINI merupakan kenderaan berelektrik, dengan jumlah pendaftaran melebihi 25,000 unit.
 

BMW i4


BMW telah berjaya menyerahkan lebih 11,800 unit kenderaan, diikuti MINI dengan penyerahan melebih 1,300 unit (pertumbuhan lebih 25 peratus), sementara BMW Motorrad turut mencatatkan peningkatan sebanyak lebih 20 peratus, atau lebih 1,300 buah motosikal.

Sedan 3 Series merupakan peneraju portfolio produk BMW dengan lebih 2,300 unit telah berjaya diserahkan pada tahun lepas, di mana BMW 320i Sport merupakan penyumbang utama.

Selain itu, BMW 2 Series turut menjadi pilihan utama pelanggan baharu dengan 1,357 unit, diikuti rapat oleh BMW 5 Series dengan 1,328 unit.
 

X3


Keluarga SAV BMW X juga turut mencatatkan pertumbuhan positif dengan lebih 5,100 unit telah diedarkan pada tahun lalu.

BMW X3 menjadi model SAV utama dalam keluarga BMW X dengan lebih 1,300 unit, disusuli BMW X1 (lebih 1,200 unit) dan BMW X5 (1,100 unit).

Dalam keluarga MINI, model MINI Countryman menggungguli carta dengan lebih 800 unit telah berjaya diserahkan, merangkumi 65 peratus daripada jumlah penyerahan.

Lebih 24 peratus kenderaan MINI pada tahun lalu terdiri daripada model berelektrik, dengan kadar pertumbuhan lebih 83 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
 

GS


Dalam dunia dua roda, BMW Motorrad berjaya menyerahkan lebih 340 unit motosikal kembara BMW R 1250 GS Adventure daripada 700 unit dalam segmen tersebut.

Sementara segmen Sport pula diterajui oleh BMW G 310 GS dengan lebih 230 buah motosikal diserahkan.

Sepanjang tempoh yang sama, BMW Group Malaysia turut mencatatkan rekod penyerahan lebih 4,000 buah kenderaan berelektrik BMW dan MINI, di mana 31 peratus merupakan kenderaan elektrik tulen (EV).
 

EV


Setakat ini, sebanyak 610 buah fasiliti pengecasan yang disediakan oleh BMW Group Malaysia menerusi kerjasama dengan pemain industri utama, dan infrastruktur ini bakal diperluaskan penawarannya untuk tahun 2023.

Kilang pemasangan BMW di Kulim, Kedah pada tahun lalu telah meraikan detik pemasangan kenderaan yang ke-100,000 menerusi model BMW X3 versi hibrid, menjadikan satu titik sejarah yang signifikan selama tempoh operasi 19 tahun di Malaysia.

Selain daripada itu, BMW Group Malaysia terus mengukuhkan kedudukan sebagai pengeksport automotif premium terbesar di Malaysia, dengan serahan sebanyak 6,700 unit kepada negara jiran termasuklah Thailand dan Filipina.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…
Model Terbaharu
Kemas kini harga itu susulan dari pengenalan dua varian BMW 7 Series PHEV 2023, 750e xDrive M Sport…