BMW Malaysia kini No. 1 Segmen Automotif Premium, BMW 3-Series paling popular!

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia baru-baru ini mengumumkan penyerahan 11,016 unit kenderaan berjenama BMW, MINI dan BMW Motorrad untuk tahun 2020, sekaligus menjadikan mereka pengeluar nombor satu di dalam segmen automotif premium dengan penguasaan pasaran 52 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah itu, lebih 87% merupakan model pemasangan tempatan.

Tahun 2020 turut menyaksikan BMW melancarkan 25 buah varian model daripada tiga jenama - BMW, MINI dan BMW Motorrad, dan empat daripadanya merupakan model elektrik hibrid.

Selain daripada itu, BMW Group Malaysia juga kini mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju di dalam elektromobiliti dengan penyerahan lebih 2,200 unit kenderaan elektrik hibrid, sebahagian besarnya disumbangkan oleh BMW 5-Series dan BMW 7-Series.

 


BMW 3-Series kekal menjadi model paling popular untuk tahun 2020 dengan lebih 2,500 unit kenderaan, 1,400 unit daripadanya terdiri daripada BMW 320i Sport, diikuti oleh BMW 5-Series ditangga kedua dengan jumlah 1,600 unit, di mana 900 unit daripadanya merupakan model BMW 530e.

Sementara itu, keluarga BMW X merangkumi 39 peratus atau 3,200 unit kenderaan yang telah diserahkan kepada pemilik masing-masing, manakala portfolio BMW M pula mencatatkan penyerahan lebih 80 unit kenderaan.

MINI Malaysia pula mencatatkan perkongsian 5 peratus dengan jumlah kenderaan 987 unit, disumbangkan oleh Mini Cooper S Countryman (47 peratus).

 


BMW Motorrad Malaysia pula menyerahkan 1,126 unit, di mana penyumbang utama jualan adalah motosikal segmen kembara (670 unit), 300 daripadanya terdiri daripada BMW R 1250 GS Adventure.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…