BMW Malaysia lancar BMW X7 M Sport CKD - RM718,800

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW X7, SUV mewah dari jenama Jerman itu kini hadir dengan varian M Sport untuk menambahkan karekor sporti bagi model tersebut.

Ditawarkan untuk BMW X7 yang dipasang di Kulim, Kedah, varian M Sport ialah tawaran terkini selepas memperkenalkan varian Pure Excellence yang dilancarkan awal tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW X7 xDrive40i M Sport dilengkapi dengan rekabentuk M Specific di hadapan dan belakang, pakej M Aerodynamics, logo M di ambang pintu, gril depan dengan pencahayaan Iconic Glow hasil dari sistem gentian optik LED dan roda aloi M Sport 22-inci.

Bahagian kabin pula dihiasi dengan trim kayu halus 'Fineline Black’ berserta efek logam berglos tinggi, stereng kulit M dan juga kemasan kulit Merino BMW Individual dalam rona Black atau Tartufo. 

 

 

Dari sudut sistem bantuan memandu, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu akan hadir dengan Driving Assistant Professional berserta Kawalan Jarak dengan fungsi Henti & Mula, termasuk Bantuan Stering dan Kawalan Laluan – membekalkan keupayaan Pemanduan Berautonomi Tahap 2 selain menawarkan keselesaan dan keselamatan bertaraf tinggi.

Trenkuasa kekal enjin hibrid 48V enam sebaris dan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan, dengan kelajuan tertinggi 250 kmsj, membekalkan 380hp dan daya kilas pada 540 Nm.

Pecutan 0-100 kmsj dilakukan dalam masa 5.8 saat sahaja, walaupun X7 ini sudah boleh dikira sebagai SUV gergasi.

 

 

Di samping warna-warna yang sedia ada seperti Mineral White Metallic dan Black Sapphire Metallic untuk BMW X7, warna varian eksklusif M Brooklyn Grey Metallic juga akan disediakan untuk BMW X7 xDrive40i M Sport baharu.

Harga BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dengan Pakej Servis dan Waranti Lanjutan 5 Tahun, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah RM718,800.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…