BMW Malaysia lancar program Pensijilan Pakar Voltan Tinggi

oleh Mohamad Hanif|
Demi melahirkan lebih ramai pakar berkemahiran tinggi di dalam lapangan mobiliti elektrik, BMW Group Malaysia baru-baru ini melancarkan program Pensijilan Pakar Voltan Tinggi yang diiktiraf di persada antarabangsa.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Program Pensijilan Pakar Voltan Tinggi BMW ini dijalankan di Pusat Latihan Serantau BMW Group bertujuan untuk menyediakan tenaga pakar yang mampu menjalankan khidmat servis dan pembaikan kenderaan BMW i yang ditawarkan di seluruh dunia.
 

BMW


Untuk menjadi Pakar Voltan Tinggi BMW, individu berkenaan haruslah diperakui sebagai Juruteknik Voltan Tinggi BMW terlebih dahulu, di mana mereka perlu melalui proses pra-pemilihan, temuduga, serta perlu mendapatkan sijil pertolongan cemas dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kemudian, mereka akan menjalani latihan intensif selama 15 hari, dan harus lulus dua ujian teori serta empat ujian praktikal untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Ia disusuli dengan ujian teori yang terakhir serta demonstrasi praktikal melibatkan operasi voltan tinggi untuk memperoleh sijil tersebut yang akan disimpulkan dalam tempoh 10 hari lagi.
 

BMW iX


Menurut Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, "keperluan para pakar yang berkelayakan dalam lapangan Mobiliti Elektrik bersertakan sokongan jaringan pusat pengedaran kami adalah mustahak sebagai persiapan kepada pengelektrifikasian dan pengenalan BMW i di Malaysia. Kami kekal komited untuk membangunkan lebih ramai bakat-bakat tempatan dengan kepakaran bertaraf tinggi yang diiktiraf secara global.”

Bagi BMW Group Malaysia, program Pensijilan Pakar Voltan Tinggi BMW merupakan tonggak penting dalam mendukung pembangunan sebuah ekosistem EV yang matang di Malaysia.

Dengan peningkatan bilangan kenderaan elektrik BMW i di atas jalan raya, tahap aksesibiliti ke atas pakar Voltan Tinggi yang diperakui ini mampu memastikan pengalaman pemilikan elektrik bertaraf premium dapat ditawarkan secara standard untuk semua pemilik BMW i.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…