BMW Motorrad Vision DC Roadster - motosikal elektrik dengan teknologi E-boxer

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin kedengaran pelik apabila kami menggabungkan frasa motosikal elektrik dan E-boxer di dalam satu ayat. 

Dan ianya tidaklah berkait rapat dengan E-boxer yang dibawakan oleh Subaru. 

Namun, ia sebenarnya merupakan dua terma teknologi yang disatukan dalam sebuah hasil karya yang menggambarkan masa hadapan divisyen Motorrad untuk BMW. 
 


BMW Motorrad Vision DC Roadster merupakan percubaan baharu bagi memecahkan tradisi penggunaan enjin boxer dua silinder yang menjadi identiti bagi pengeluar motosikal dari Jerman itu. 

Mereka tidaklah menggunakan enjin boxer dengan bantuan sistem hibrid seperti mana teknologi lazim pada sesebuah kereta, sebaliknya set bateri yang diposisikan seakan-akan seperti rekaan sebuah nadi boxer, lengkap dengan sistem penyejuk. 

Manakala di bahagian atas sistem pek bateri itu terdapat rangka arca yang meniru rekaan sebuah tangki bahan api.
 


Jika dilihat dari sudut luaran, rekaan yang dibawakan seakan menggambarkan motosikal ini sebenarnya memiliki profil Boxer BMW. 

BMW Motorrad dalam masa yang sama turut memperkenalkan jaket menunggang yang minimalis tanpa sebarang 'perlindungan'. 

Usah risau kerana BMW sebenarnya menyembunyikan segala pelindung tersebut menjadikan jaket itu tidaklah terlalu besar, dan 'berotot' sehinggakan sukar untuk dibawa. 
 


Walaupun tanpa enjin Boxer, BMW berjaya mengekalkan identiti tersendiri di dalam segmen motosikal elektrik, dan mungkin inilah rekaan yang bakal dibawakan oleh BMW Motorrad pada masa akan datang. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…
Informasi
Jarak gerak yang terlalu pendek Rata-rata, ini ialah isu utama yang menjadi halangan.  Syarikat…