BMW R1800 GS - Hanya konsep dari Nippy Normans

oleh HEZERI SAMSURI|
Gambar-gambar BMW GS baharu dengan enjin 1,800 cc menular di kalangan peminat motosikal, dan seperti biasa, gambar sahaja yang ditularkan kerana ramai yang alah kepada tulisan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Sebenarnya, imej-imej yang tular itu ialah dari Nippy Normans, syarikat yang menjual pelbagai aksesori untuk pemilik BMW.

Menurut laman web nippynormans.com, Norman Birtles, pengasas syarikat itu berkata beliau terlihat model R18 di Milan tahun lalu dan terus terbayangkan enjin boxer 1,800cc itu jika dimasukan ke dalam BMW GS.

Semasa PKP, beliau meminta Kar Lee, seorang pelukis grafik yang telah banyak menghasilkan motosikal-motosikal konsep untuk menghasilkan GS dengan enjin besar itu.

 

 

Hasilnya ialah R1800 GS dengan dua varian - Touring dan Adventure.

Varian touring datang dengan roda aloi untuk pengendalian yang lebih mantap, lampu LED lebih sporty dan peredam bunyi ekzos Akrapovic.

Adventure pula kelihatan seperti model R1250 GS sekarang, dengan roda jejari lidi dan panniers.

Kedua-dua varian ini memang hanya wujud dalam dunia komputer sahaja tetapi tidak mustahil untuk BMW menghasilkan sebuah motosikal genre ADV yang seberat setengah Peroda Kancil agar "mudah" bagi "peminat tegar" ADV mengangkat motosikal mereka jika terjatuh di dalam hutan.

Atau mungkin juga ia sesuai untuk penunggang ADV yang berpakaian lengkap bagi ekspedisi 100 peratus di atas jalan bertar. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa…
Berita Global
Media Jerman Handelsblatt melaporkan bahawa pembuat bateri lithium-ion Sweden itu tidak dapat…
Berita Global
  Apa yang terhad pada sedan, coupé dan hatchback menjadi bebas pada SUV. Terbaru BMW…