BMW saman pembekal-pembekal komponen kerana main harga

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW AG menyaman dua pembekal komponen pendingin hawa mereka atas tuduhan berpakat untuk menggunakan strategi harga bagi mewujudkan pakatan antara mereka.

BMW telah mengeluarkan saman sebanyak Euro €141 juta kepada Valeo dari Perancis dan Denso dari Jepun.

Kes saman ini berkaitan dengan keputusan Kesatuan Eropah dalam 2017 yang memberikan hukuman denda sebanyak Euro €155 juta kepada beberapa pembekal komponen kenderaan, termasuk Valeo dan Denso.

Kartel-kartel berkaitan komponen pendingin hawa dan sistem penyejukan enjin dikenalpasti oleh Kesatuan Eropah seawal tahun 2004 hingga 2009.

Kesemua syarikat pembekal komponen itu mengaku bersalah agar mendapat penurunan 10 peratus dari denda mereka.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dijana dengan enjin B48 2.0L turbo yang menghasilkan 208 hp dan 330 Nm serta transmisi 8-kelajuan…
Berita Global
  Dua lagi pilihan ialah enjin diesel turbo B47 (118d) dan diesel turbo dengan mild hybrid (120d…
Berita Global
  BMW R20 Concept dipertontonkan di Tasik Como, Itali dan nama R20 mengingatkan kepada cruiser…