Situasi ini adalah disebabkan larangan penggunaan kereta diesel yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jerman melibatkan kenderaan berkuasa diesel standard Euro 5 dan kebawah, serta kenderaan petrol Euro 2 dan ke bawah.
BMW tidak berdiam diri begitu sahaja.
Bagi memastikan pelanggan mereka tidak terbelenggu dengan perasaan bimbang selamanya, BMW kini menawarkan program pertukaran kenderaan unik dengan jaminan bersyarat.
Jaminan tersebut antara lain menyebut BMW akan menggantikan kereta pelanggan sekiranya kereta sedia ada tertakluk kepada larangan memasuki bandar tertentu di dalam lingkungan radius 100 km daripada rumah mahupun pejabat.
BMW juga turut menyatakan sekiranya mereka terpaksa memasuki kawasan larangan tersebut hanya sekali di dalam masa seminggu, pelanggan yang terkesan juga akan diberikan tawaran yang serupa.
Ini merupakan satu tawaran yang agak menarik oleh kerana kebanyakan pelanggan mereka memerlukan kereta untuk tujuan perjalanan yang jauh di mana kereta elektrik bukanlah satu alternatif terbaik buat masa sekarang.
Tambahan pula, menurut Peter van Binsbergen, pengarah pemasaran BMW Jerman, enjin petrol sedia ada dilihat masih kurang berkesan jika dibandingkan dengan tahap kecekapan enjin diesel yang ditawarkan oleh BMW.
Di kala masa hadapan enjin diesel dilihat suram terutamanya di Eropah dan pasaran dunia secara amnya, program BMW ini dilihat mampu memberikan sinar harapan kepada situasi sedia ada.
Sumber: Car and Driver