BMW X2 xDrive25e - SUV PHEV, jarak operasi sifar emisi 57 kilometer!

oleh Mohamad Hanif|
BMW telah menambah sebuah lagi varian baharu untuk model crossover X2 untuk pasaran Eropah, kali ini dalam konfigurasi trenkuasa plug-in hybrid electric vehicle (PHEV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan trenkuasa yang sama digunakan pada BMW X1 xDrive25e, namun BMW telah memberikan penampilan yang lebih menawan terhadap BMW X2 ini.

Trenkuasa yang dimaksudkan terdiri daripada enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter yang memacu roda hadapan, serta motor elektrik yang terletak di gandar belakang.

 


Secara keseluruhannya, BMW X2 xDrive25e mampu menjana kuasa sekitar 217 kuasa kuda dan 385 Nm yang memacu semua roda, membolehkan pecutan sepantas 6.8 saat dari 0-100 km/j dan halaju maksimum 195 kilometer sejam.

Pek bateri lithium-ion yang terletak di bawah tempat duduk baris kedua mempunyai kapasiti 10 kWh yang membenarkan operasi sifar emisi sejauh 57 kilometer mengikut data kitaran WLTP.

 


Malah, untuk sistem aerodinamik yang lebih berkesan, BMW telah merendahkan sistem suspensi 10 milimeter berbanding tetapan asal yang terdapat pada BMW X2 biasa.

Dari segi rekaan luaran, BMW X2 xDrive25e didatangkan dengan lampu LED sebagai ciri standard, namun tanpa kehadiran lampu kabus, serta set rim bersaiz 17 inci dengan rekaan double-spoke berbentuk U di penghujungnya.

 


Sementara ruang dalaman pula didatangkan dengan kawalan iklim dua zon automatik serta keupayaan untuk mengawal kondisi kabin menerusi aplikasi peranti pintar.

Kehadiran pek bateri ternyata memberikan kesan terhadap penawaran ruang kargo apabila BMW X2 xDrive25e ini didatangkan dengan ruang sebesar 410 liter sahaja berbanding 470 liter pada BMW X2 standard.

Namun, ruang tersebut boleh diperbesarkan sehingga 1,290 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat dengan nisbah 40:20:40.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
BMW X2 merupakan Sports Activity Coupe (SAC) yang telah pun dilancarkan pada tahun lalu, dan kini…
Berita Global
SUV, SUV dan SUV.  Entah kenapa, trend pemilikan kini beralih arah kepada SUV (termasuklah…
Model Terbaharu
  Tambah Hoelzl, jentera premium kompak sports activity coupe menjanjikan pengalaman pemanduan…