BMW X5 xDrive50e M Sport dilancarkan, 489hp, 700Nm tork - Harga anggaran RM530,000

oleh Firdaus Razani|
BMW Group Malaysia baru-baru ini telah melancarkan sebuah varian ‘plug-in’ hibrid (PHEV) yang dipasang di Malaysia dan jentera Sports Activity Vehicle (SAV) terbaharu iaitu BMW X5 xDrive50e M Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW X5 xDrive50e baharu ini telah didatangkan dengan pakej M Sport secara standard dan mendapat kemaskini baharu dari segi reka bentuk luaran serta kuasa prestasi modelnya.

 

bmwx5

 

Secara visual, dari segi luaran model baharu ini, grill ikonik BMW baharu itu mempunyai lampu LED yang akan bersinar serta lampu utama hadapan mendapat sedikit pembaharuan termasuk lampu nyalaan siang (DRL) digayakan dengan reka bentuk ‘X’.

 

bmwx5

 

Untuk bahagian dalaman pula, ia mempunyai paparan digital 14.9 inci BMW Curved Display disokong dengan BMW Operating System 8.5 yang membolehkan pemandu berinteraksi dengan kenderaan melalui kawalan iDrive.

 

bmwx5

 

Model BMW X5 xDrive50e M Sport yang telah diperbaharui ini didatangkan dengan enjin petrol 3.0 liter turbocas enam sebaris yang digabungkan dengan motor elektrik yang telah dinaik taraf dengan janaan bateri lithium-ion berkapasiti 25.7kWh itu mampu menghasilkan kuasa output 489hp dan 700Nm tork.

 

bmwx5

 

Dengan gabungan motor elektrik itu , ia mampu bergerak dengan pacuan elektrik sejauh 110 km dan sistem pengecasan AC 7.4 kW yang telah ditambah baik membolehkan bateri dicas 0-100 peratus dalam masa 4.5 jam sahaja.

Harga anggaran jualan BMW X5 xDrive50e M Sport adalah RM530,000 dan harga tersebut tidak termasuk insurans.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Hari ini, BMW Malaysia baru sahaja mengumumkan harga rasmi bagi BMW X5 xDrive50e M Sport itu…