Hari ini, BMW Malaysia baru sahaja mengumumkan harga rasmi bagi BMW X5 xDrive50e M Sport itu berserta Pelan Pembiayaan ‘Easy Drive’ dan Pengalaman Pemilikan Premium oleh BMW Group Malaysia.
Dikenali sebagai ‘The Boss’, model terbaharu ini hadir dalam varian M Sport serta antara barisan kenderaan premium keluaran BMW Group yang dipasang di dalam negara untuk pasaran Malaysia.
Model BMW X5 xDrive50e M Sport yang telah diperbaharui ini didatangkan dengan enjin petrol 3.0 liter turbocas enam sebaris yang digabungkan dengan motor elektrik yang telah dinaik taraf dengan janaan bateri lithium-ion berkapasiti 25.7kWh itu mampu menghasilkan kuasa output 489hp dan 700Nm tork.
Dengan gabungan motor elektrik itu, ia mampu bergerak dengan pacuan elektrik sejauh 110 km dan sistem pengecasan AC 7.4 kW yang telah ditambah baik membolehkan bateri dicas 0-100 peratus dalam masa 4.5 jam sahaja.
Selepas Rebat Tunai ‘Easy Drive’ berjumlah RM10,000 yang ditawarkan sehingga 31 Mac 2024 terpakai, BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan Pelan Pembiayaan ‘Easy Drive’, pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM6,014 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun), berdasarkan terma dan syarat.
Pemilik BMW X5 xDrive50e M Sport baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan rasmi bagi BMW X5 xDrive50e M Sport baharu termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah RM486,800.
Manakala inklusif Servis dan Pembaikan BMW yang melitupi waranti lanjutan sehingga lima tahun dan pakej servis ialah berjumlah RM41,300.
Para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW X5 xDrive50e M Sport baharu.