BMW X6 xDrive40i M Sport 2023 kini di pasaran Malaysia - Trenkuasa hibrid ringan, 381 HP, 540 Nm, dari RM754,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Group Malaysia telah mengemaskini portfolio barisan SUV nya dengan pengenalan rasmi BMW X6 xDrive40i M Sport untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masih menjadi generasi ketiga, BMW X6 xDrive40i M Sport hadir sebagai SUV sporty yang menampilkan pelbagai kemaskini terbaharu bersama pakej M Aerodynamics secara standard.

2

Seperti model lainnya, X6 xDrive40i M Sport turut diberi rupa lebih segar dengan menampilkan rupa hadapan bersama jeriji buah pinggang berbentuk tiga dimensi di samping sistem pencahayaan LED (Iconic Glow) dan lampu utama lebih langsing.

Hadir sebagai model M Sport, ia turut menerima naik taraf rim aloi ringan M 747 bersaiz 22 inci, dipadankan bersama angkup brek M Sport berwarna biru.

3

Bahagian belakang pula didatangkan dengan lampu jenis LED tiga dimensi yang masih menampilkan reka bentuk signatur L BMW.

Pada bahagian dalaman, X6 xDrive40i M Sport juga tidak terlepas untuk menerima ciri-ciri terkini seperti BMW Curved Display yang merangkumi skrin infotainment 14.9 inci dan kluster instrumen 12.3 inci.

 

4

 

Meningkatkan lagi ciri ketersambungan, ia turut dilengkapi BMW Live Cockpit Plus, dikuasakan oleh BMW Operating System 8 yang terkini.

Dari bantuan pemanduan, X6 xDrive40i M Sport didatangkan standard dengan Driving Assistant Professional dan Parking Assistant Professional.

 

5

 

Driving Assistant Professional merangkumi sistem berasaskan bantuan kamera bersama radar yang membolehkan keupayaan Automasi Pemanduan Separa Aras 2.

Manakala Parking Assistant Professional hadir dengan sistem bantuan pemandu berasaskan kamera dan ultrabunyi yang hadir dengan kamera 360 darjah.

 

6

 

Dari segi kuasa, X6 xDrive40i M Sport menggunakan nadi B58 3.0 liter 6 silinder sebaris yang kini dipadankan dengan sistem hibrid ringan 48V bersama transmisi automatik Steptronic Sport 8 kelajuan.

Ia kini menghasilkan jumlah angka kuasa sehingga 381 HP dan 540 Nm, di mana pecutan dari 0-100 kmj boleh dilakukan dalam masa 5.4 saat dan kelajuan tertinggi sehingga 250 kmj.

 

7

 

Untuk pasaran Malaysia, X6 xDrive40i M Sport ditawarkan dengan pilihan warna menarik M Carbon Black, Black Sapphire, Mineral White, Manhattan, M Brooklyn Grey, Skyscraper Grey dan Aventurine Red.

Upholsteri pula ditawarkan dengan Individual Extended Leather Trim 'Merino' dalam warna Black atau Tartufo.

 

8

 

Harga bagi BMW X6 xDrive40i M Sport ditawarkan bermula dari RM754,800 atas jalan tanpa insurans dengan Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis.

BMW Group Malaysia turut menawarkan Pengalaman Pemilikan Premium yang merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…