BMW X7 2023 - versi facelift dengan rupa paras dipertingkat

oleh Mohamad Hanif|
SUV saiz penuh BMW X7 kini menerima kemaskini penawaran (versi facelift) setelah kira-kira empat tahun berada di pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti penampilan terdahulu, BMW telah memberikan rupa paras yang lebih berani pada model X7, dimulakan dengan rekaan unit lampu terpisah di mana jalur lampu di atas menempatkan unit lampu nyalaan siang LED serta lampu isyarat membelok, diikuti dengan unit lampu utama yang sengaja digelapkan.

Binaan gril depan masih lagi sama besar, namun ia kini menampilkan layangan dwi-warna, serta didatangkan dengan opsyen gril yang bercahaya.
 

X7


Sementara bahagian belakang pula tidak menampilkan perubahan yang besar, melainkan unit lampu LED baharu yang dihubungkan dengan jalur berwarna krom.

Versi mercu M60i pula didatangkan standard dengan cermin sisi M, liang kemasukan udara, gril depan berlencana M, empat tip ekzos, serta rim bersaiz 22 inci.
 

X7


Masuk ke dalam ruang kabin, anda akan disambut dengan rekaan papan pemuka yang lebih moden, dengan panel paparan melengkung yang terdiri daripada skrin kluster digital 12.3 inci, diikuti skrin infotainmen bersaiz 14.9 inci yang sengaja diposisikan lebih ke arah pemandu.

Rekaan konsol tengah pula kini lebih kemas, ini kerana tombol gear tradisional telah digantikan dengan tuil yang lebih kecil terletak bersebelahan dengan tombol rotari iDrive.

Dari segi kuasa, versi asas xDrive40i didatangkan dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang mampu menjana kuasa setinggi 375 hp dan daya kilas 519 Nm, dipadankan dengan sistem hibrid ringan 48 voltan.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 5.6 saat.
 

X7


Untuk mereka yang mahukan lebih kuasa boleh mendapatkan versi M60i yang didatangkan dengan nadi 4.4 liter V8 (523 hp/750 Nm) yang turut dipadankan dengan sistem hibrid ringan 48V, serta pecutan 0-100 km/j sepantas 4.5 saat.

Kesemua varian didatangkan dengan sistem suspensi udara secara standard, diikuti dengan fungsi Sprint yang mampu menjadikan pergerakan SUV ini lebih pantas di atas jalan raya, sementara varian M60i pula mendapat tambahan sistem stereng gandar belakang dan penstabilan oleng aktif.

BMW turut mengesahkan kehadiran model talaan Alpina (XB7) di mana enjin 4.4 liter V8 tersebut mendapat peningkatan kuasa kepada 630 hp dan daya kilas 800 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.0 saat, serta kelajuan tertinggi 290 km/j.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport dilengkapi dengan rekabentuk M Specific di hadapan dan belakang, pakej M…
Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport versi pemasangan tempatan ini hadir dengan pakej M Aerodynamics untuk…
Berita Global
SUV terbesar BMW itu merupakan salah satu pilihan yang popular di kalangan warga Timur Tengah, jadi…