BMW XM Label Red kini di pasaran Malaysia - SUV berkuasa 748 HP dan 1,000 Nm! Dari RM1.61 juta

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah memperkenalkan BMW XM 2023 untuk pasaran Malaysia pada Mac lepas, BMW Malaysia kini membawakan satu lagi versi yang lebih berkuasa, iaitu BMW XM Label Red.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara standard, XM 2023 dikuasakan oleh enjin S68 V8 4.4 liter TwinPower Turbo dengan sistem BMW M Hybrid yang dipadankan bersama motor elektrik diantara enjin dan transmisi.

Hasil gabungan rangkaian kuasa baharu pada BMW XM itu mampu menghasilkan keluaran kuasa sehingga 653 HP dan 800 Nm!

2

Manakala versi Label Red pula menetapkan satu lagi aras tertinggi lain, dimana ia menghasilkan 748 HP dan 1,000 Nm! Ini setelah enjin V8 itu ditala untuk memberikan kuasa tambahan sebanyak 94 HP

XM Label Red kini merupakan jentera BMW M yang paling berkuasa buat masa ini, dengan angka 748 hp dan 1,000 Nm, di mana pecutan 0-100 kmj kini sepantas 3.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 280 kmj.

Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan bersama sistem M xDrive yang menjadikannya pacuan semua roda.

3

Seperti namanya, XM Label Red mendapat kemasan berwarna merah termasuklah lencana dan hiasan pada rim.

Terdapat 50 warna pilihan yang boleh dipilih daripada koleksi BMW Individual Visualizer, serta warna BMW Individual Frozen Carbon Black yang hanya ditawarkan dalam unit terhad.

Ia juga ditawarkan dengan tambahan pilihan set rim aloi ringan M 22 inci dwiwarna dengan aksen merah yang sepadan dengan jalur aksen Toronto Red, atau set roda aloi ringan M 23 inci dwiwarna dengan aksen hitam dalam penggayaan Star Spoke, sepadan dengan jalur aksen Shadowline.

4

Untuk pasaran Malaysia, BMW XM Label Red ditawarkan bermula dari RM1,615,800 dan RM939,800 untuk Langkawi, ia termasuk cukai atas jalan tanpa insurans.

Bagi menawarkan pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh, harga yang ditawarkan merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara standard, BMW XM mendapat nadi bentangan V8 4.4 liter turbo berkembar yang mampu menjana…