BMW Z4 dilancarkan dengan harga RM479,800

oleh SALINA JALIL|
Setelah mempamerkan BMW Z4 beberapa kali sebelum ini, kini BMW Malaysia secara rasminya melancarkan BMW Z4 dengan harga jualan RM479,800 tidak termasuk insurans.


Walaubagaimana pun BMW Z4 baharu ini cuma ditawarkan dengan satu varian sahaja iaitu BMW Z4 sDrive30i M Sport yang berupaya mencatat kelajuan 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Spesifikasi BMW Z4 ini adalah seperti berikut:-

 

- enjin petrol empat silinder 2.0 liter dengan sistem pengecas turbo twin-scroll

 

- transmisi Steptronic Sport lapan-kelajuan

 

- jumlah kuasa kuda 255 hp dan 400Nm tork

 

pic 1

 

Ciri-ciri lain adalah:-

 

-  casis serba baharu 


-  spring berkembar strut axle  di bahagian hadapan 


-  suspensi jenis five-link rear axle di belakang

 

 

Dari aspek keselamatan pula, Z4 ini mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti:-

 

- Dynamic Stability Control (DSC) 


- ABS 


- Dynamic Traction Control (DTC)

 
- Cornering Brake Control (CBC) 


- Dynamic Brake Control (DBC)


dan pelbagai lagi.

 

 

 

Terdapat beberapa elemen lain yang amat menarik pada Z4 ini iaitu ‘BMW Live Cockpit Professional’ iaitu paparan informasi sesentuh dan BMW Digital Key iaitu kunci digital yang membolehkan pemilik akses ke Z4 ini melalui penggunaan telefon android yang berfungsi untuk membuka, mengunci pintu dan menghidupkan enjin jentera ini!

 

Terdapat lima pilihan warna untuk Z4 ini iaitu San Francisco Red, Misano Blue, Black Sapphire, Glacier Silver dan Alpine White. 

 

Untuk kemasan bahagian kabin pula terdapat tiga pilihan warna iaitu serba hitam, Magma Red dengan jahitan hitam atau Cognac dengan jahitan hitam.

 

z4 1

 

 

f4 3

 

 

z4 5

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…