Boon Siew Honda terus lancar model Rebel 500 - RM31,800

oleh HEZERI SAMSURI|
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Boon Siew Honda (BSH) hari ini melancarkan model cruiser Honda Rebel 471 cc di pameran Art of Speed di MAEPS, Serdang.

Menurut Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Jualan BSH, Datuk Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Rebel akan mula tiba di pengedar-pengedar Honda di Malaysia mulai bulan Ogos ini.

 

honda rebel

“Honda Rebel yang kami tontonkan di Art of Speed ini dipasang terus dengan aksesori H2C yang BSH sediakan sebagai pilihan optional,” ujar beliau.

Model Rebel memang terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu model yang cukup popular di kalangan customiser.

 

rebel 2

 

Enjin 471 cc kembar selari (parallel twin) DOHC sejukan cecair ini menghasilkan 45.5 hp dan 44.7 Nm dan menggunakan transmisi manual 6-kelajuan.

Dengan berat keseluruhan 184.7 kg dan pelana yang rendah, Rebel juga sesuai untuk mereka yang baharu memulakan hobi motosikal atau untuk mereka yang mahukan sesuatu yang mudah ditunggang di kawasan urban.

 

rebel 1

Harga Honda Rebel ialah RM31,798.94 termasuk GST, tidak termasuk cukai jalan, kos pendaftaran dan insurans.

Ia datang dengan dua tahun waranti atau 20,000 km had perbatuan, yang mana sampai dahulu.

Ada tiga warna yang diunjurkan kepada pasaran Malaysia - Graphite Black, Millennium Red dan Matt Armoured Silver Metallic.

 

rebel specrebel 3

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, menyatakan bahawa…
Berita Global
Kebanyakan komputer kuantum menghadapi cabaran besar: keadaan kuantum mudah “runtuh” semasa proses…
Berita Global
  United Kingdom menerajui jualan CB125F, diikuti rapat oleh Perancis dan Jerman.  Walaupun…