Brabus 800 - cara untuk jadikan E 63 S AMG anda lagi jahat!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dinafikan, jentera-jentera talaan AMG sudah sedia garang sejak dari kilang, namun apabila duit bukan halangan, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada penala Mercedes-Benz yang termahsyur - Brabus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Brabus 800 yang dipaparkan kali ini sebenarnya merupakan sebuah Mercedes-AMG E 63 S yang telah mendapat sentuhan rupa paras yang lebih garang, dan tampak jahat tidak kira dari sudut mana yang anda perhatikan.

 


Sedan jahat serba hitam ini menampilkan pakej aerodinamik daripada gentian karbon yang terdedah, dan diakhiri dengan set rim aloi bersaiz 21 inci dengan aksen merah.

Sementara ruang dalaman pula anda boleh menetapkan pelbagai pilihan warna dan trim termasuklah trim kayu, Alcantara, atau bahan mahal gentian karbon.

 


Dari kilang, Mercedes-AMG sudah pun melengkapkan E 63 S dengan nadi 4.0 liter V8 turbo berkembar, namun Brabus memberikan sentuhan tersendiri supaya ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 788 kuasa kuda dan 1,000 Nm!

Pecutan dari pegun ke 100 km/j pula boleh diselesaikan dalam tempoh tiga saat dan kelajuan tertinggi dihadkan secara elektronik 300 km/j.

 


Untuk memastikan sedan ini kekal stabil, Brabus turut menawarkan naiktaraf berbentuk pakej aerodinamik dan sistem suspensi udara Brabus Sport Unit yang boleh merendahkan ketinggian kenderaan sebanyak 20 mm bergantung kepada mod pemanduan.

Seperti biasa, kereta-kereta talaan Brabus ini tidak mendedahkan kos sebenar pemilikan yang perlu dilaburkan oleh bakal pembeli, akan tetapi ia bukanlah satu masalah jika anda bukan tergolong dalam kelompok 'baik beli'.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang masih mencari-cari sebuah SUV yang serba jahat talaan Brabus, ini merupakan contoh…