Menurut beliau lagi, penggunaan sistem brake-by-wire secara praktikalnya memberikan kemudahan dan kebebasan kepada pihak pengeluar brek dan pengeluar kenderaan menala sistem tersebut dengan lebih fleksibel.
Dibuktikan menerusi perlumbaan Formula 1 sejak bertahun lamanya, sistem brake-by wire ini membolehkan ia ditala berdasarkan kehendak pemandu seperti daya brek yang lembut mahupun sedikit tegap dan juga jarak pedal bergerak (pedal distance travel) yang pendek ataupun panjang.
Ketika bertanya kemungkinan permintaan terhadap brek prestasi akan menurun disebabkan peningkatan kuantiti kereta autonomi, CEO Brembo Amerika Utara, Daniel Sandberg menjelaskan beliau tidak melihat penurunan trend perminataan terhadap brek prestasi buat masa kini.
"Kenderaan (autonomi) elektrik secara relatifnya lebih berat (dengan alatan elektronik) dan juga mempunyai kuasa tork yang amat besar, dan sewajarnya sistem brek yang berkesan perlu hadir bagi memberikan kuasa berhenti yang baik (bagi kenderaan elektrik)," tambah beliau.
Sumber: Car and Driver