Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan ia juga adalah salah satu dari usaha pengstrukturan semula jenama itu di pasaran China yang melihat peperangan harga dengan pemain tempatan.
Menurut kenyataan syarikat tersebut, pasaran China hanya membabitkan kurang dari tiga peratus jualan glonbal Bridgestone dan kerana itu impak kepada syarikat adalah minimal.
Sebenarnya, pasaran global tayar menerima impak besar kerana serangan jenama-jenama China yang menawarkan harga yang rendah tetapi kurang fokus kepada teknologi dan prestasi.
Mungkin itu yang lebih penting kepada pengguna sekarang - harga.