Berikutan kejayaan program On Ice di New Zealand, Eropah dan Amerika Syarikat, Aston Martin mengumumkan penganjuran Hokkaido On Ice untuk tahun 2018.
Ini adalah program On Ice pertama dianjurkan Aston Martin di Jepun dengan latar belakang pemandangan yang cantik di Hokkaido bagi memandu uji Vanquish S dan juga peluang pertama untuk menguji model baharu DB11 Volante.
Peserta program ini akan mempunyai peluang untuk menguji kemahiran memandu mereka di permukaan salji dan dengan tunjuk ajar dari instruktor memandu profesional.
Peserta juga dapat menguji had kereta mewah keluaran Aston Martin ini termasuk tahap pengendaliannya serta nisbah berat badan yang hampir sempurna yang sangat dititik beratkan oleh pengeluar British itu.
Program ini akan dianjurkan daripada 8 hingga 12 Februari 2018 dan sesuai dengan imej Aston Martin tetamu akan tinggal di penginapan mewah di timur Hokkaido.
Slot untuk program ini begitu terhad dan jika anda atau mengenali sesiapa yang mahu dan merupakan sasaran Aston Martin, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini:
http://www.astonmartin.com/hokkaido-on-ice
Jika anda berjaya dan berada di sana pada tahun depan, jangan lupa tag kami di media sosial. Dapat tengok pun kami sudah tumpang gembira.
Penulis: Muhammad Md Tajudin