Perubahan daripada warna merah jambu kepada warna hijau ini adalah berikutan BWT kini bukan lagi penaja utama kepada pasukan Aston Martin Cognizant F1.
Namun perubahan warna tersebut tidak disenangi oleh CEO BWT, Andreas Weissenbacher dan beliau mahukan liveri merah jambu itu kembali digunakan.
Bercakap kepada Speedweek, beliau menjelaskan, "mengikut sejarah, warna British Racing Green amat mudah untuk difahami kebanyakan orang, tapi bukan saya. (Warna) Aston Martin tidak begitu menyerlah di dalam kaca TV!"
Liveri berwarna merah jambu terang itu merupakan identiti BWT bukan sahaja di dalam F1, malah dalam disiplin perlumbaan yang lain seperti DTM, GT Masters, Porsche Supercup dan Formula 4.
Tujuan penggunaan warna tersebut adalah untuk menjadikan penampilan jentera mereka lebih menonjol di atas litar, di mana ia mampu menarik perhatian lebih ramai pihak dan mempunyai efek pengiklanan yang lebih berkesan.
"Sekiranya jentera Aston Martin dilayangkan warna merah jambu, jenama penaja Cognizant juga kan lebih menonjol.
"Warna merah jambu bukan sekadar menjadi tanda dagang kami, ia juga melambangkan keanggunan yang tersendiri," ujarnya lagi.
Sumber: WTF1